Pada September 2023, dua aktivis kebajikan dan semak imbang yang dikenali ramai di media sosial, Aidil Yunus dan Siti Zulaikha Olivia, berdepan situasi yang tidak dijangka. Kelantangan mereka memperjuangkan isu rakyat tercicir dan penambahbaikan polisi negara telah menarik perhatian ramai pihak yang tampil memohon bantuan.
Menyedari bahawa kekangan kewangan menjadi penghalang utama untuk membantu lebih ramai pihak secara berterusan, mereka berganding bahu bersama seorang lagi aktivis, Richard, untuk mencari penyelesaian jangka panjang. Hasilnya, Why Be Viral PLT ditubuhkan pada 18 September 2023 sebagai sebuah Perusahaan Sosial (Social Enterprise).
Apa yang bermula dengan semangat para pengasas dan komuniti dalam talian yang aktif kini telah berkembang menjadi perniagaan pelbagai saluran. Dengan menggabungkan kehadiran media sosial yang kukuh, e-dagang moden dan khidmat peribadi kepada setiap pelanggan, kami telah mencapai hasil jualan tujuh angka sejak penubuhan kami, satu pencapaian yang dibina atas kepercayaan komuniti yang kami santuni.